Hasil Tuaian Pertama

Hasil Tuaian Pertama
Ini adalah hasil tuaian pertama jagung manis Pangsun Homegrown

Monday, August 4, 2008

PROJEK JAGUNG MANIS DAN INTEGRASI

Kami ingin mempelawa individu yang berminat untuk bersama kami dalam mengusahakan Projek Tanaman Jagung Manis dan Integrasi. Projek ini kini telah diperluaskan skopnya bukan sahaja menghasilkan tongkol jagung untuk jualan tetapi telah diperluaskan untuk menghasilkan silaj bagi makanan ternakan. Ini adalah atas senario harga makanan ternakan yang semakin meningkat. Permintaan terhadap silaj batang jagung juga meningkat memandangkan ianya alternatif yang lebih murah dan kandungan khasiat makanan yang lebih baik.

Dibawah adalah butir-butir ringkas projek:

1. Pelaburan rakan kongsi RM 5000 untuk 1 lot (tiada had maksimum).
2. Pembahagian keuntungan RM 600 setiap bulan selama 12 bulan.
3. Perjanjian adalah untuk setahun.
4. Semua pelaburanakan digunakan untuk mendapatkan bahan mentah, menghasilkan dan menjual silaj batang jagung. Ini termasuk memberi bantuan kepada penternak untuk menanam jagung bagi menghasilkan tongkol jagung dan batang jagung.

Luangkan masa untuk menghubungi dan berjumpa dengan kami dengan melawat ladang jagung kami di Pangsun Hulu langat.

Friday, May 16, 2008

Pangsun HomeGrown Sweet Corn

Proses membuat batas dan menanam ...pada febuari 2008.... disiram menggunakan air yg boleh diminum terus, tiada pencemaran, kawasan sekitar yg bersih... menghasilkan jagung yg bermutu, manis dan tiada racun yang berlebihan.. Pangsun HomeGrown



Farm pertama Pangsun HomeGrown.. masa tengah semak dan belum di bersihkan pada january 2008....

Saturday, May 10, 2008

Mencuba Di Pasar Tani

Salam, satu percubaan dibuat di pasar tani sekitar bangi dan putrajaya. Hasil amat memberangsangkan dengan jualan melebihi 1000 tongkol. Satu pengalaman menarik dan akan dikembangkan lagi usaha pemasaran ini.

Monday, April 14, 2008

KURSUS PROJEK JAGUNG MANIS

Dengan modal permulaan RM 4000 untuk 1 ekar dan mendapat hasil jualan dalam jangkamasa 2 bulan sebanyak RM 12 000 hingga RM 15 000 1 ekar (pemasaran boleh saya uruskan), penanaman jagung manis hibrid boleh memberi pulangan yang agak lumayan. Kursus intensif selama 1 hari akan diadakan kepada yang berminat.

Lokasi Kursus: Kg. Pangsun, Hulu Langat

Tarikh: Setiap hujung bulan (Sabtu dan Ahad)

Yuran: RM 250 (termasuk makan dan minum, nota, kertas kerja, kit percubaan,)

Kepada yang berminat sila email NAMA, HP NO, NO KAD PENGENALAN DAN ALAMAT RUMAH ATAU LEBIH MUDAH SILA KE WWW.USAHAWANTANI.COM

Setiap sessi kursus hanya maksimum 10 orang sahaja. Terima Kasih